Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

MELAKA – Kira-kira 32,000 syarikat telah mendaftar untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili.

Beliau berkata jumlah itu merupakan 26 peratus daripada sasaran pendaftaran antara 140,000 dan 150,000 syarikat.

“Mengikut perkembangan yang kita ada sekarang, saya percaya sasaran akan dapat dicapai menjelang hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Tamat Latihan Kursus Asas Penguasa dan Penolong Penguasa Kastam di sini, hari ini.

Sebanyak 190 anggota melibatkan 86 penguasa kastam dan 104 penolong penguasa kastam berjaya menamatkan latihan selama tiga bulan sejak 9 Jun lepas.

Sehubungan itu, Matrang meminta syarikat dengan pendapatan tahunan melebihi RM300,000 supaya segera mendaftar untuk GST.

GST dijadual diperkenalkan April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment