Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 19, 2014

No Comment

EDINBURGH – Seramai 4.2 juta atau 97 peratus penduduk Scotland keluar mengundi semalam dalam satu pungutan suara bersejarah yang akan menentukan nasib negeri itu sama ada terus bernaung di bawah persekutuan United Kingdom (UK) ataupun merdeka.

Scotland kekal di bawah UK sejak 307 tahun dahulu.

Lebih 2,600 pusat mengundi dibuka pada pukul 7 pagi semalam (waktu Scotland) dan ditutup pukul 10 malam bagi memudahkan orang ramai membuang undi.

Selepas ditutup, semua kotak undi akan dibawa ke 32 pusat pengumpulan untuk pengiraan undi manakala keputusan referendum itu dijangka diketahui pagi ini.

Beberapa jam sebelum referendum bermula, pemimpin pro dan antikemerdekaan mendesak warga Scotland supaya mengimbau semula sejarah UK.

Ia kata mereka, penting kerana keputusan pungutan suara itu boleh menyebabkan keluarga, rakan dan orang tersayang terpisah.

Dalam referendum tersebut, penduduk Scotland perlu menjawab Ya atau Tidak untuk soalan: Adakah Scotland harus merdeka?

“Ini adalah hari bersejarah bagi Scotland dan saya pula menunggu sepanjang hayat untuk detik ini,” kata seorang ahli perniagaan tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Ron.

“Masa sudah tiba untuk Scotland berpisah daripada UK dan saya akan mengundi Ya,” tambahnya.

Ron merupakan orang pertama yang membuang undi di sebuah pusat pengundian di bandar raya ini.

Sebelum ini, beberapa tinjauan pendapat terbaharu mendapati sebanyak 48 peratus penduduk Scotland menyokong kemerdekaan manakala 52 peratus lagi memilih untuk kekal di bawah UK.

Tinjauan pendapat itu turut mendapati seramai 600,000 pengundi masih belum membuat keputusan sekali gus menjadikan keputusan referendum itu sukar untuk dijangka.

“Ini adalah peluang yang muncul sekali dalam seumur hidup dan kita mesti memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin,” kata pemimpin nasionalis Scotland, Alex Salmond kepada beratus-ratus penyokong kemerdekaan pada satu perhimpunan di Perth, timur Scotland beberapa jam sebelum pengundian bermula.

“Rakyat Scotland perlu menentukan masa depan mereka sendiri,” tambahnya.

Golongan nasionalis mahu penduduk Scotland diberi kuasa memilih pemimpin mereka dan membuat keputusan sendiri daripada terus diperintah oleh London.

Bagaimanapun, kalangan penentang kemerdekaan berpendapat negara itu akan lebih makmur dan selamat sekiranya kekal bernaung di bawah UK. – Reuters

0 comments:

Post a Comment