Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 17, 2014

No Comment

KIRA-kira 50 perwakilan Pemuda PAS bertindak keluar dewan ketika Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berucap merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Ke – 55 di Kota Tinggi, Johor, hari ini.

Kumpulan perwakilan terbabit yang dipercayai kumpulan pro-Ulama, memakai jaket yang tertera ‘Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulama’.

Mereka keluar meninggalkan dewan muktamar sebaik Mohamad memulakan ucapannya dan masuk semula selepas beliau selesai berucap.

Bagaimanapun, ketika ditemui BH Online di pekarangan dewan, beberapa perwakilan terbabit mengelak untuk ditemu bual.

Kumpulan perwakilan terbabit yang dipercayai kumpulan pro-Ulama, memakai jaket yang tertera ‘Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulama’.

“Minta maaf…tiada komen,” kata mereka sambil beredar ke meja makan berhampiran dewan berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata insiden seperti keluar dewan itu tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan Pemuda PAS.

“Saya tidak dapat pastikan kerana saya duduk di hadapan. Tetapi saya harap perkara itu tidak berlaku dalam suasana kehebatan pada pemuda yang ada pada hari ini.

“Bagaimanapun, kita akan dengar laporan daripada Muktamar Pemuda apa yang berlaku sebenarnya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-55 di sini, sebentar tadi.

Mat Sabu, bagaimanapun menafikan tindakan sebilangan perwakilan berkenaan sebagai tanda protes kepada beliau.

“Keluar masuk dewan itu perkara biasa. Kebetulan ketika saya berucap, sudah masuk waktu Asar. Takkan kita nak halang mereka keluar masuk,” katanya pada sidang media selepas itu.

0 comments:

Post a Comment