Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment


BEIJING – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini diberikan sambutan rasmi di Great Hall of The People di sini sempena lawatan negara selama tiga hari ke Beijing, China, bermula Rabu.

Seri Paduka yang diringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disambut Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan.

Pasangan Ddiraja itu tiba di sini pada Rabu. Pada majlis berkenaan, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, disertai dengan 21 das tembakan meriam.

Selepas itu, Seri Paduka menerima tabik hormat daripada perbarisan kehormat sebelum memeriksa perbarisan kehormat diiringi Presiden Xi.

Pada majlis sambutan itu juga, Yang di-Pertuan Agong diraikan oleh kanak-kanak yang mengibarkan bendera kedua-dua negara.

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong kemudian mengadakan kunjungan negara ke atas Presiden Xi dan isteri di Eastern Hall, Great Hall of The People.

Seusai pertemuan itu Seri Paduka berdua menghadiri majlis jamuan negara di Golden Hall, Great Hall of The People yang dihoskan Presiden Xi.

Lawatan negara oleh Seri Paduka berdua merupakan undangan daripada Presiden Xi selain membalas lawatan Xi ke Malaysia pada Oktober tahun lepas.

Lawatan itu juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan China yang bermula pada 31 Mei 1974. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment