Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014

No Comment


SEPANG – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Beijing, China bagi mengadakan lawatan negara selama tiga hari bermula hari ini.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 10.20 pagi.

Berada di Kompleks Bunga Raya untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin serta beberapa perwakilan asing.

Sebelum berangkat, Yang di-Pertuan Agong memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi 21 das tembakan meriam dan lagu Negaraku.

Bacaan doa sebelum keberangkatan Seri Paduka berdua dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Albakri.

Lawatan negara Seri Paduka berdua adalah sebagai membalas lawatan negara Presiden China, Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan pada Oktober tahun lepas dan bersempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment