Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 2, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berangkat ke istiadat persembahan watikah pelantikan empat bakal ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, di sini.

Empat perwakilan asing itu ialah Carlos Dominguez Diaz dari Sepanyol, Daniel Dargent (Belgium), Benjamin Clement Eghan (Ghana) dan Kang Chol dari Korea Utara.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah kemudian menerima menghadap keempat-empat ketua perwakilan asing itu.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim.

Diaz, 47, merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Sevilla serta berkhidmat sebagai Setiausaha Agung bagi perikanan di Kementerian Pertanian, Makanan dan Persekitaran sebelum pelantikan baharu ini.

Dargent, 56, pula lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang perhubungan antarabangsa dan pentadbiran awam pernah menjadi Duta Belgium ke Gabon (2004-2007) dan Angola (2007-2011).

Eghan, 66, pernah bertugas sebagai Ketua Menteri di Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi serta dilantik menjadi Setiausaha Kabinet Ghana bagi tempoh 2009 hingga 2013.

Menyertai perkhidmatan luar Korea Utara pada 1976, Kang, 61, pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Korea Utara di Somalia dan jawatan beliau sebelum ke Kuala Lumpur adalah Ketua Pengarah Pentadbiran di Kementerian Luar.

Sementara itu, Tuanku Abdul Halim turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat bakal Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke luar negara.

Mereka ialah Datuk Lim Kim Eng yang akan bertugas di New Zealand, Rahimi Harun (Brazil), Datuk Saiful Azam Martinus Abdullah (Croatia) dan Datuk Roslan Abdul Rahman (Azerbaijan). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment