Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 13, 2014

No Comment


Walaupun Pemain bola sepak Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 27 sudah sah bercerai dengan Rita Rudaini yang merupakan pelakon yang tidak asing lagi namun kes mereka belum lagi setelah Rita menuntut RM300,000 sebagai mutaah.

Aidil bagaimanapun tidak setuju dengan nilai mutaah yang dituntut Rita itu. Menerusi peguamnya Rushdan Sujak Rafie, Aidil telah memfailkan pembelaan terhadapnya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Pembelaan tersebut diatas alasan wang tuntutan itu melampau-lampau tinggi.

“Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya,” katanya memetik Sinar Harian.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober depan sebagai sebutan semula kes tersebut. Sebelum ini, Rita Rudaini yang juga seorang pelakon terkenal memfailkan tuntutan tersebut pada 7 Julai lalu.

Untuk pengetahuan anda Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013. ─ SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment