Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014


Kalau korang peminat setia bekas pelajar Akademi Fantasia ini, pasti tahu bahawa Akim Ahmad merupakan seorang yang aktif di laman sosial kan?

Bukan itu saja, Akim juga merupakan antara selebriti yang lantang bersuara. Lihat saja status-status yang diberikan kepada pemilik akaun Twitter palsu mengenai insiden #MH370 tak lama dulu.

Artikel Berkaitan : Berang Dengan Pembuli Siber, Akim Ahmad Sindir Pengguna Akaun Palsu Di Twitter

Semalam, Akim dikatakan telah memarahi pengikut Twitternya dan menggelar individu tersebut dengan gelaran sampah Twitter. Aik, dah kenapa pula ni.


Selidik punya selidik, rupa-rupanya individu tersebut telah memuat naik status ‘tak suka Akim Ahmad’. Hmm, dah tak suka follow pula. Hehehe.

Mungkin Akim berang dengan tindakan individu tersebut dan tanpa berfikir panjang telah membalas dengan kata-kata ‘Attention seeker.sampah twitter’.

Dek kerana kejadian ini, ramai yang menasihatkan Akim supaya tidak melayan kerenah individu tersebut. Iyalah, Akim kan selebriti, jadi tak perlu rasanya melayan perkara kecil sebegini kan.

Namun, bila kami skodeng sikit Twitter Akim pagi ini, kedua-duanya sudahpun bermaaf-maafan. Baik individu tersebut mahupun Akim, masing-masing dah mengaku kesalahan.


Haa, kan bagus begitu. Alangkah baiknya jika semua persengketaan diakhiri dengan kemaafan, barulah aman damai dunia ni. Hehe. Apapun, kami tetap sokong perjalanan seni Akim. Emm, tapi..bila nak kahwin dengan Stacy? Eh?! - OhBulan

0 comments:

Post a Comment