Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 7, 2014

No Comment
KETUA Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad kesal dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dan hari ini menuntut Ahli Parlimen Marang itu menarik balik kenyataan dibuatnya. - Foto Muhd Asyraf Sawal/Sairien Nafis

KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus dikritik sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kenyataannya bahawa Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak dipilih Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang kesal dengan kenyataan Abdul Hadi itu hari ini menuntut Ahli Parlimen Marang itu menarik balik kenyataan dibuatnya.

"Saya menggesa Presiden PAS agar menghormati keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan dan menarik balik kenyataan beliau yang telah mendakwa Presiden PKR sebagai tidak berkebolehan.

"Kenyataan itu amat tidak kena dalam semangat setia kawan pakatan apatah lagi dikeluarkan daripada Presiden sebuah parti komponen kepada Presiden parti komponen yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Wanita PKR, Azura Aziz dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai mengkhianati kepercayaan Pakatan Rakyat.

"Pendirian 'flip-flop' PAS tidak boleh diterima. Ini tidak selaras dengan semangat menjadi rakan gabungan.

"Abdul Hadi menipu kita semua, termasuk ahli-ahli partinya sendiri dan ini adalah benar-benar mengecewakan," katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Hadi ketika menghadiri sesi dialog di Kuala Terengganu kelmarin menyatakan bahawa keputusan PAS menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baharu bukan kerana jantinanya, tetapi keupayaan beliau untuk menjadi pemimpin yang baik.

Beliau berkata, seorang menteri besar seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang jawatan seumpama itu. ─ BH Online

0 comments:

Post a Comment