Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 22, 2014

No Comment


SEREMBAN – Gara-gara ditegur ibu bapa agar menjaga pergaulan dengan lelaki, seorang pelajar tingkatan lima bertindak lari dari rumah pada awal pagi Rabu lalu.

Chen Shu En,18, merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Seremban 2, di sini, dipercayai lari dari rumah bersama kekasihnya yang baru dikenali beberapa hari lalu.

Bapa, Chen Chee Ming, 42, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan keluar rumah kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu.

“Saya mula sedar Shu En tiada di rumah ketika mahu mengejutnya pagi itu kira-kira jam 7 pagi. Saya terperanjat melihat dia tiada di bilik seperti biasa.

“Kakaknya ada mendengar bunyi pintu rumah dibuka sekitar jam 3 pagi namun tidak menyangka adiknya yang keluar rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Adun Bukit Kepayang, di sini, semalam.

Menurutnya yang tinggal di Garden Avenue, Seremban 2, di  sini, berkata, malam sebelum kejadian, dia ada memarahi anaknya itu supaya menjaga pergaulan.

“Saya memarahinya kerana sayangkan dia, saya tidak mahu dia berkawan dengan mana-mana lelaki kerana dia masih sekolah lagi.

“Saya tidak sangka tindakan saya memarahi anak menyebabkannya sanggup lari dari rumah,” katanya.

Ibu mangsa, Pang Yok Mei,40, berkata, dia berasa bimbang dengan keselamatan anaknya itu kerana Shu En meninggalkan rumah dengan hanya membawa dompet dan telefon bimbit sahaja.

“Saya cuba menghubunginya banyak kali namun talian telefon ditutup. Saya sangat bimbang keselamatannya.

“Saya bertanya kepada rakan-rakannya turut tidak tahu di mana Shu En melarikan diri,” katanya.

Yok Mei berkata, dia mengesyaki anaknya itu melarikan diri bersama teman lelaki yang baru dikenali beberapa hari sebelum kejadian.

Sementara itu, Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berharap remaja itu pulang segera tanpa memikirkan pertelingkahan keluarga yang berlaku.

“Kita akan bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti di mana dia berada dan bersama siapa.

“Orang ramai yang melihat Shu En bolehlah menghubungi balai polis berhampiran ataupun menghubungi pejabatnya di talian 06-6015557,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment