Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia akan memastikan anggota keselamatan yang ditugaskan sepanjang proses Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor mencukupi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bagaimanapun, jika ada keperluan tambahan, polis kontinjen dari negeri berdekatan akan membantu polis kontinjen Kelantan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) ke-35 di sini, hari ini.

Khalid bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah anggota keselamatan yang ditempatkan di kawasan tersebut bagi menjaga ketenteraman sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

Mengulas  mengenai kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil itu, beliau berkata kawalan akan berjalan seperti biasa.

“Kawalan seperti biasa di kawasan sempadan dan kita tidak rasa itu menjadi masalah buat kami,” katanya.

PRK DUN itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 13 Sept ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 Sept. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment