Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014


SHAH ALAM - Kerajaan pada hari ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan Akta Hasutan untuk menghalang wakil rakyat pembangkang daripada terus bersuara menegakkan keadilan, dakwa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi satu kenyataan di blognya menyelar tindakan pihak kerajaan yang dakwanya menggunakan undang-undang itu sebagai senjata untuk menindas Ahli Parlimen dan Adun PR.

“Sehingga kini, lima Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga beberapa pemimpin Pakatan yang lain telah didakwa,” katanya.

Anwar turut menyenaraikan nama-nama mereka yang didakwa di bawah Akta Hasutan iaitu Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran, Ketua Angkatan Muka Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad dan Adun Seri Delima, RSN Rayer serta Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Ia adalah satu senarai panjang yang semakin berkembang. Tidak akan ada yang terkecuali melainkan pemimpin Umno dan sekutu mereka.

“Jika pendakwaan berjaya, sekurang-kurangnya enam pilihan raya parlimen dan tiga pilihan raya Dun akan berlaku, jika kita pergi ke Mahkamah Persekutuan dan buat rayuan, kita pasti tidak akan diadili dengan sebaiknya di sana,” ujarnya lagi.  -Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment