Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014

No Comment

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki cuba menyeludup minyak diesel bernilai RM13,200, 4 September lepas.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Kuching, Komander Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata tangkapan dibuat oleh bot maritim APMM WILSAR semasa melakukan pemeriksaan rutin kira-kira 11 Batu Nautika dari Tanjung Po, dekat sini.

“Ketika ditahan bot berkenaan dinaiki tiga lelaki warganegara Indonesia. Bot berkenaan mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan,” kata beliau dalam sidang media di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), di sini hari ini.

Namun ketika diperiksa bot itu telah didapati membawa kira-kira 11,000 liter minyak diesel bernilai hampir RM13,200 di dalam petak simpanan ikan yang telah diubahsuai tanpa kebenaran, katanya.

Shahref berkata bot itu kini ditahan dan kes ini akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan lanjut.    - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment