Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014



SAN FRANCISCO – Apple mengambil langkah untuk menawan semula peranannya sebagai pencetus trend teknologi pada Selasa apabila memperkenalkan jam pintar dan dua telefon pintar berskrin besar iPhone yang dinanti-nantikan peminat gajet keluaran syarikat itu.

Pengenalan julung kali bagi model Apple Watch dan iPhone 6 jelas memenuhi kehendak trend untuk ‘phablet’ iaitu telefon pintar bersaiz lebih besar.

Peranti pergelangan tangan Apple Watch menghubungkan dengan iPhone, “akan mentakrif semula apa yang orang ramai jangkakan daripada kategori ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook pada majlis memperkenalkan gajet terbaharu keluaran syarikat itu pada Selasa.

Telefon pintar iPhone 6 mempunyai skrin bersaiz 4.7 inci dan 6-Plus dengan ukuran 5.5 inci membolehkan Apple memberikan pilihan kepada pengguna untuk paparan lebih besar.

Apple berkata, peranti itu akan berada di sekurang-kurangnya 115 negara menjelang akhir tahun ini dan tempahan untuk model iPhone akan dibuat bermula Jumaat ini. – AFP

0 comments:

Post a Comment