Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment

DUSSELDORF – Aksi cemerlang Angel Di Maria membantu Argentina menewaskan juara dunia, Jerman 4-2 pada perlawanan persahabatan yang mengulangi pertembungan final Piala Dunia di Brazil, Julai lalu.

Bintang Manchester United yang memecah rekod pembelian British, Di Maria meledak satu gol sebelum menjadi perancang kepada gol Sergio Aguero, Erik Lamela dan Federico Fernandez menyaksikan Argentina mencatat kemenangan pertama sejak kekalahan kepada Jerman, dua bulan lalu.

Andre Schuerrle dan Mario Goetze turut meledak namun Jerman terpaksa akur dengan persembahan cemerlang ditampilkan Argentina dalam aksi pertama Gerardo Martino selaku pengendali gergasi Amerika Selatan itu.

Martino yang mengisi kekosongan ditinggalkan Alejandro Sabella yang meletakkan jawatan selepas Piala Dunia berkata kemenangan itu tidak perlu terlalu diraikan.

“Mereka kehilangan begitu ramai pemain dan tiga pemain utama juga bersara,” kata Martino yang dipecat Barcelona selepas hanya semusim mengemudi kelab Sepanyol itu.

“Bukan mudah untuk membina pasukan baru. Di Maria lebih menonjol berbanding ketika di Piala Dunia,” katanya yang turut tidak menurunkan bintang utamanya, Lionel Messi akibat kecederaan.

Rakan sejawatannya di Jerman, Joachim Loew dalam pada itu menolak Argentina sudah berjaya membalas kekalahan mereka di final.

“Ia bukanlah membalas dendam. Kamu tidak boleh mengulangi perlawanan final,” kata Loew. “Saya juga tidak boleh menyalahkan pasukan kerana mereka tidak bermain seperti mereka lakukan sebelum ini. Beberapa pemain tidak cergas sepenuhnya.

Gol pada masa tambahan Goetze di Stadium Rio de Janeiro’s Maracana pada 13 Julai lalu mengesahkan kemenangan keempat Jerman dalam kempen Piala Dunia. – AFP

0 comments:

Post a Comment