Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment

NEW YORK: Rakyat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengadakan sambutan ulang tahun ke-13 bagi memperingati tragedi serangan 11 September.

Presidennya, Barack Obama berikrar bahawa negara itu tidak pernah 'tunduk kepada ketakutan'.

Upacara peringatan itu diadakan di New York dan Washington ketika Obama berjanji akan mengadakan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS), termasuk serangan udara di Syria dan memperluaskan operasi di Iraq.

"Sebagai rakyat Amerika, kita mendapat kekuatan daripada anda," kata Obama kepada saudara-mara mangsa di Pentagon - tempat salah satu daripada lokasi serangan insiden 9/11.

Obama, isterinya Michelle serta Naib Presiden, Joe Biden sebelum itu bertafakur di Rumah Putih bersama-sama dengan kira-kira 300 kakitangan.

Bendera di Washington dikibarkan separuh tiang.






0 comments:

Post a Comment