Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 20, 2014

No Comment
Foto oleh Rosli Rahmat

INCHEON: Atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen melakar kejutan apabila memenangi pingat emas dalam acara gabungan Nanquan dan Nandao di Ganghwa Dolmens Gymnasium, hari ini.
Ia adalah emas pertama kontinjen negara pada hari pertama temasya Sukan Asia Incheon, Korea Selatan.
Atlet dari Negeri Sembilan itu mencatat 19.23 mata untuk mengatasi atlet Indonesia, Wani Juwita Niza yang mencatat 19.15 mata.
Atlet pilihan China, Wei Hong meraih pingat gangsa dengan catatan 19.15.
Bagaimana pun seorang lagi atlet negara, Diana Bong kecewa untuk meraih sebarang pingat apabila berada di tempat ke-12 dengan 18.25 mata.
Sebagai rekod, pencapaian ini adalah kali keempat skuad wushu meraih emas untuk negara pada temasya ini dengan Ho Ro Bin (2002) dan Chai Fong Ying (2006,2010). - BH Online

0 comments:

Post a Comment