Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 19, 2014

No Comment

Hari ini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali telah hebat diperkatakan akan dilantik sebagai Menteri Besar baru bagi Selangor. Selain itu agensi dan portal-portal termasuk media arus perdana juga banyak melaporkan perkara berkenaan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani juga telah mengesahkan pengedaran kad jemputan untuk menghadiri istiadat angkat sumpah Menteri Besar baru yang akan diadakan pada hari Selasa ini.

Bagaimanapun apabila diajukan soalan berkenaan Azmin, beliau enggan mengesahkan perkara itu.

Semenjak nama Azmin terpacul keluar dari beberapa sumber dalaman PKR, dia dikatakan menghilangkan diri dan gagal dihubungi oleh media yang mana untuk mendapatkan ulasan berkenaan perlantikan tersebut.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dicalonkan namanya oleh PAS yang diumumkan selepas satu mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini.
Pada ketika itu PAS menghantar dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin.

Dengar ceritanya lagi, nama Azmin akan diumumkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru pada pukul 10 pagi ini, menurut sumber.

Selain itu ada juga yang mengatakan jika pihak Istana Selangor memilih Menteri Besar dalam kalangan ADUN PAS, ada kemungkinan kerajaan negeri Selangor akan menghadapi masalah ekoran keengganan DAP dan PKR bekerjasama dalam soal pentadbiran.

Mungkin diatas dasar tersebut, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap memilih wakil PKR sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. ─ SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment