Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 18, 2014

No Comment

Ketika ini filem Nasi Tangas lakonan Azwan Kombos mula ditayangkan di pawagam tempatan. Dalam kisah mendebarkan itu, Hairi lakonan Azwan ter­kena ilmu hitam yang dibuat isterinya, Amira (Adiba Yunus) menerusi hidangan nasi tangas. Ia perbuatan kejam dan berdosa.

“Memang itu watak yang sangat mencabar kredibiliti saya sejak menjadi pelakon. Saya sendiri berasa mual apabila menonton semula babak itu. Apapun Nasi Tangas adalah filem yang memberikan mesej dan pengajaran berguna kepada masyarakat supaya kita jangan ber­sahabat dengan iblis dan syaitan. Saya sebenarnya tidak selesa melakonkan adegan intim sebagai suami isteri dalam filem itu, tapi saya hanya mengikut kehendak skrip dan pengarah,” katanya.

Mengalih cerita kepada bekas kekasihnya, aktres dan pengacara, Nad Zainal, Azwan berkata, hatinya masih kosong dan belum temui pengganti selepas mereka berpisah. Pun begitu ke mana pergi, masih ramai yang bertanyakan soalan mengenai Nad dan dia terpaksa menjawabnya.

Memilih bersikap terbuka, Azwan berkata, dia masih mengikuti perkembangan bekas kekasihnya itu dari jauh termasuk mengetahui desas-desus hubungan cinta Nad yang kini bermasalah.

Enggan mengulas lanjut, Azwan berkata, dia tidak lagi berhak untuk mencampuri urusan dan apa jua hal berkaitan Nad.

“Saya dengar khabar Nad ada masalah dalam hubungannya, tapi saya tak boleh campur tangan dalam hal peribadi dia. Lagi pun, saya hanya dengar apa yang berlaku. Walaupun hubungan kami sudah berakhir, jauh di sudut hati saya tidak pernah bencikan Nad. Tak dinafikan, rasa sayang sebagai sahabat masih ada, tapi perasaan cinta itu memang sudah tiada lagi,” katanya.

Menyentuh sama ada apa yang berlaku dalam hubu­ngan cinta baru Nad itu sebagai satu ‘karma’, Azwan menafikannya dan berkata, itu adalah roda-roda kehidupan. Katanya, pasangan bercinta tidak semuanya melalui perkara yang indah dan setiap dugaan kena dihadapi dengan tabah.

0 comments:

Post a Comment