Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

THE HAGUE – Laporan awal nahas pesawat MH17 di timur Ukraine akan dikeluarkan hari ini, dengan harapan ia dapat memberi petunjuk mengenai bencana yang meragut nyawa 298 penumpang itu.

Pasukan penyiasat nahas udara dari Belanda itu akan mengeluarkan laporannya pada jam 8 pagi GMT (4 petang Malaysia) dalam laman web Lembaga Keselamatan Belanda (OVV).

Pesawat Boeing 777 Penerbangan Malaysia itu meletup di ruang udara timur Ukraine dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu, mengorbankan semua termasuk 193 rakyat Belanda.

Negara Barat menuduh pemisah yang disokong Russia sebagai pihak yang menembak jatuh pesawat terbabit dengan peluru berpandu bumi ke udara yang dibekalkan oleh Moscow. Russia pula menuduh pasukan keselamatan Ukraine. Penyiasat Belanda tidak dapat mengunjungi tempat kejadian di kawasan peperangan di Donetsk kerana pertempuran yang berlaku dan bergantung pada maklumat daripada pakar nahas Ukraine untuk maklumat dari tempat kejadian.

Jurucakap OVV Sara Vernooij memberitahu AFP: “Kami masih dapat membuat rumusan bermakna walaupun tanpa ke tempat kejadian.”

Bagaimanapun OVV menegaskan bahawa laporan itu tidak akan membuat sebarang tuduhan.

Katanya, pihak penyiasat akan membuat rumusan berdasarkan maklumat daripada kotak hitam pesawat dan gambar serta video yang diambil di tempat kejadian, di samping maklumat yang diberi oleh pusat kawalan udara Ukraine.

Kotak hitam itu dihantar ke Farnborough, Britain untuk dikaji oleh Penyiasat Cawangan Nahas Udara.

Tambahnya, siasatan awal itu adalah maklumat berfakta berdasarkan sumber yang diperoleh oleh OVV. Laporan penuh tidak dijangka sehingga pertengahan 2015.

“Kami akan siasat punca nahas dan bukan siapa bertanggungjawab,” tegas Vernooij.

Sejurus selepas nahas itu, pakar forensik mengunjungi ke tempat kejadian untuk mengutip serpihan pesawat, namun usaha pencarian dihentikan kerana pertempuran yang berlaku di kawasan berkenaan.

Setakat ini 193 mangsa penerbangan MH17 sudahpun dikenal pasti. – AFP

0 comments:

Post a Comment