Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 17, 2014

No Comment


WASHINGTON – NASA akan bekerjasama dengan Boeing dan SpaceX untuk membina ‘teksi angkasa’ bagi menerbangkan angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), sekali gus mengakhiri pergantungan Amerika Syarikat (AS) kepada kapal angkasa Soyuz, Rusia.

Agensi Angkasa AS (NASA) juga turut mempertimbangkan bidaan daripada Sierra Nevada Corp, tetapi akhirnya memilih memberikan kontrak itu kepada kontraktor jangka panjangnya Boeing dan SpaceX dari California dengan kontrak bernilai AS$6.8 bilion (RM21.7 bilion) untuk membina, menguji guna dan menerbangkan kapsul itu yang boleh membawa tujuh penumpang.

Boeing diberikan kontrak bernilai AS$4.2 bilion manakala SpaceX AS$2.6 bilion. SpaceX diterajui usahawan teknologi Elon Musk, yang juga Ketua Pegtawai Eksekutif pengeluar kereta elektrik, Tesla Motors.

“SpaceX teruja dengan kepercayaan NASA,” kata Musk, billionaire kelahiran Afrika Selatan yang kini menetap di AS.

Pengurus Program Krew Komersial NASA, Kathy Leuders, berkata kontrak itu berkehendakkan Boeing dan SpaceX menyediakan perkhidmatan penerbangan komersial ke angkasa mulai 2017.

“Syarikat berkenaan mencadangkan kontrak pada nilaian yang munasabah dan kerajaan dapat menerimanya,” kata Leuders.

Pemberian kontrak itu dipercepatkan dengan mengambil kira ketegangan hubungan antara AS dan Rusia selepas dakwaan negara itu menyokong pemberontak di timur Ukraine.

Kapal angkasa Boeing CST-100 akan dilancarkan daripada roket Atlas 5 yang dibina United Launch Alliance, syarikat usaha sama Lockheed Martin Corp dan Boeing. SpaceX yang sudah mendapat kontrak NASA bernilai AS$1.3 bilion untuk menerbangkan kargo ke ISS, merancang menaik taraf kapal pengangkut Dragon untuk turut membawa angkasawan.

Mengikut NASA, selain penerbangan ujian, kontrak itu turut merangkumi pilihan mengendalikan antara dua hingga enam misi operasi.

Dengan menerbangkan angkasawan terus dari AS, NASA akan menamatkan monopoli Rusia membawa angkasawan ke stesen angkasa. NASA membayar AS$70 juta (RM224 juta) untuk seorang angkasawan menaiki kapsul Soyuz, satu-satunya sistem pengangkutan yang ada untuk ke ISS selepas NASA menamatkan perkhidmatan kapal angkasa ulang alik pada 2011. – Reuters / BH Online

0 comments:

Post a Comment