Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 1, 2014

One Comment
Gambar hiasan oleh myMetro

KOTA BAHARU — Cubaan menyeludup masuk pelbagai senjata api ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan berjaya dipatahkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pos Kawalan Pisau Raut, Tumpat, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata senjata api yang dirampas itu ialah jenis COLT M16 A1 (5.5 MM), 60 V T Model M16 (5.56MM), M4 (5.56MM) yang dileraikan dan selaras AK47 yang dalam keadaan lengkap.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, beberapa anggota tentera yang melakukan rondaan melihat sebuah perahu yang dinaiki tiga lelaki menghampiri tebing Sungai Golok di sempadan negara.

“Dua daripada tiga suspek yang menaiki perahu itu kemudiannya turun dari perahu dengan memikul sebuah guni.

“Menyedari kehadiran anggota tentera, dua suspek berkenaan melarikan diri dengan berenang ke arah perahu dan meninggalkan guni tersebut di tebing sungai,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap guni itu membawa kepada penemuan empat laras senjata api.

“Terdapat senjata api jenis COLT M16 A1 (5.5 MM), 60 V T Model M16 (5.56MM), M4 (5.56MM) yang dileraikan dan selaras AK47 yang dalam keadaan lengkap.

“Kesemua senjata api ini telah berkarat dan dalam keadaan berlumpur tetapi kita dapati ia masih boleh digunakan,” katanya.

Mazlan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti motif utama senjata api tersebut dibawa masuk ke negara ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil untuk kita mengesan
suspek,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Turut hadir Panglima 8 Briged, Brig. Jen. Datuk Azmy Yahya. — BERNAMA

1 comments:

  1. mak aih bukan shotgun atau pistol. ni nak buat terrorism bunuh polis ker nak rompak kedai ni? Tapi dari segi jumlah magazine (satu) tak nampak macam untuk terrorism la. Ini yang dapat tangkap. Yang terlepas tu... orang awam yang kena bahaya. Tahniah dapatla sikit halang benda2 macam ni

    ReplyDelete