Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – DAP hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor Sultan Sharaffudin Idris Shah kerana ingkar terhadap titah baginda apabila hanya mengemukakan satu nama untuk calon menteri besar Selangor.

“Bagi pihak DAP, saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan kerana telah menyebabkan Tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama Adun Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu,” kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau berkata keputusan mengemukakan nama Dr Wan Azizah sahaja adalah keputusan yang dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lim berkata keputusan mengemukakan satu nama sahaja kepada Istana juga berdasarkan sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 Adun Selangor kepada Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar, serta kata sepakat Pakatan Rakyat bahawa calon menteri besar Selangor adalah daripada PKR.

Ketua menteri Pulau Pinang itu juga mengulangi kesetiaan DAP kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi.

Katanya DAP juga akan berunding dengan Anwar berkenaan titah Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh setiausaha sulit Tuanku.

Semalam, Sultan Selangor menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ing­kar dengan titah baginda pada 27 Ogos lalu supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon daripada parti masing-ma­sing untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar yang baharu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadaban kepada institusi Raja dan merupakan perbuatan derhaka kepada titah baginda.

Menurutnya, Sultan Sharafuddin telah menerima nama-nama calon menteri besar daripada ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang namun hanya PAS yang akur titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama.

“PKR dan DAP pula masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment