Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 22, 2014

No Comment

risis antara artis dan pihak media dengan bukanlah satu perkara yang baru. Namun, kekecohan yang ditimbulkan oleh pihak Shila Amzah baru-baru ini cukup berbeza. Ini kerana penyanyi yang sedang mencipta nama di China ini memberi ruang kepada peminat-peminat fanatiknya menghentam pihak media.

Bahkan, ada peminat fanatik yang sanggup mereka-reka cerita dengan mengheret Datuk Siti Nurhaliza dalam isu hangat ini.

Bertemu dengan Dayang Nurfaizah dalam satu sesi temubual, GUA sempat bertanyakan pendapat pelantun lagu 'Seandainya Masih Ada Cinta' ini. Maklumlah, Dayang sudah 15 tahun terlibat dalam industri hiburan dan sepanjang tempoh itu dia bebas daripada gosip-gosip liar, apatah lagi bersengketa dengan pihak media.

"Secara umumnya, bagi saya sendiri, industri kita ini tidak besar mana pun. Pusing-pusing nanti, kita akan jumpa orang yang sama juga. Artis dan media perlulah ada hubungan yang baik. Masing-masing perlu menjaga hubungan," ujar Dayang.

Menurut Dayang, jika ada perkara yang perlu diperjelaskan, teguran haruslah dilakukan secara peribadi dan hal yang terjadi itu tidaklah harus diperbesarkan.

"Kalau ada yang tidak betul, sebagai artis kita perlu tegur, tetapi tidak patut diperbesarkan. Jika ada sebarang masalah, berhubunglah secara peribadi. Seperti contoh jika ada penulisan yang kurang tepat, artis sendiri perlu hubungi media yang menulis cerita tersebut untuk memperjelaskan keadaan dengan cara baik," katanya.

Dayang juga menjelaskan jika ada masalah yang terjadi, perkara tersebut tidak perlu untuk dihebahkan menerusi laman sosial seperti Twitter dan Instagram.

"Hal tersebut juga tidak perlu dibesar-besarkan. Tidak perlu menghebahkan perkara itu menerusi platform media sosial seperti Twitter dan Instagram. Jika ada perkara yang kurang jelas dan tidak betul, lebih bagus untuk artis terus menghubungi pihak yang terlibat. Lebih baik minta penjelasan daripada bercakap belakang. Perkara tersebut juga tak perlu diperbesarkan," kata Dayang lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Dayang kini sedang mencari protege yang bakal dilatihnya untuk program 'Mentor Legend'. Dayang juga sedang sibuk mempersiapkan dirinya bagi konsert solonya yang bakal diadakan di Dewan Filharmonik Petronas pada November ini. ─ Gua.com.my

0 comments:

Post a Comment