Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi peluang kepada orang ramai yang belum menjelaskan notis kompaun trafik untuk 'membersihkan' nama mereka dari disenarai hitam di dalam sistem mereka dengan diskaun khas sehingga akhir tahun ini.

Menurut kenyataan Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Stapa kepada Astro AWANI, kompaun dengan kadar diskaun boleh dibayar di kaunter POS Malaysia seluruh negara dan secara atas talian MyEG.

"Sejak Oktober 2013, DBKL telah menyenaraihitam (sekatan urusniaga) sejumlah 2,800 pesalah trafik yang dikenakan kompaun trafik DBKL daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu atau apa-apa urusniaga berhubung pertukaran hakmilik kenderaan sehingga mereka menyelesaikan bayaran kompaun trafik DBKL terlebih dahulu.

"DBKL telah memberi peluang kepada orangramai yang belum menjelaskan notis kompaun trafik serta mengelak daripada disenaraihitam dengan memberi diskaun khas bermula 18 Ogos 2014 hingga 31 Disember 2014 melalui Kaunter POS Malaysia (seluruh Malaysia) dan secara online MyEG," kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, kompaun bagi kesalahan meter dan motosikal pada asalnya maksimum RM100 dan RM300 dikurangkan kepada RM30 sahaja.

"Sementara bagi kereta dan kenderaan berat seperti lori, bas, jentera berat dan lain-lain turut dikurangkan kepada RM50 dan RM100 daripada maksimum RM300 sebelum ini," ujar kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, sehingga 31 Ogos lalu, sejumlah 1,018 notis berjumlah RM41,910 telah dilaksanakan di kaunter Pos Malaysia dan 2,185 notis bernilai RM87,660 dilaksanakan melalui MyEG.

Sejak Oktober 2013, sejumlah 2,800 pesalah trafik yang dikenakan kompaun trafik DBKL telah disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu atau apa-apa urus niaga berhubung pertukaran hak milik kenderaan sehingga menyelesaikan bayaran kompaun trafik terlebih dahulu.  ─ Astro Awani

0 comments:

Post a Comment