Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 13, 2014

No Comment


BESUT – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengganggu empat teras utama yang menjadi tonggak perundangan negara kerana ia termaktub dalam kontrak sosial sejak sekian lama.

Beliau menegaskan sebarang gangguan terhadap empat teras itu boleh menjejaskan kestabilan hidup rakyat negara ini.

Empat teras berkenaan ialah Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.

“Jangan cuba nak mengganggu empat perkara ini kerana Umno dan kerajaan akan memastikan tindakan tegas undang-undang diambil ke atas mereka.

“Saya ingin tegaskan bahawa tiada kompromi dalam perkara ini dan kepada pihak berkenaan, jangan cuba mencabar Perlembagaan negara,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh di sini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh merangkap Menteri Pendidikan Kedua, Ketua Umno Bahagian Besut Nawi Mohamad dan Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdullah Mat Zin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penguatkuasaan Akta Hasutan ke atas beberapa individu sebelum ini adalah antara bukti kerajaan tidak pernah bertolak ansur dengan pihak yang cuba mencetuskan keadaan tidak aman di dalam negara.

Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak supaya memberikan kepercayaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung Akta Hasutan yang dikatakan bakal diganti dengan undang-undang lain yang mempunyai peranan sama.

“Semua pihak jangan bimbang mengenai Akta Hasutan sebab sekarang ini ia masih berkuat kuasa dan belum lagi dibentangkan (ke Parlimen). Jika diganti sekali pun, roh akta berkenaan tetap ada pada undang-undang yang baru itu.

“Saya dapati tidak kurang 32 bahagian UMNO (daripada 191 bahagian seluruh negara) membawa usul untuk mempertahankan Akta Hasutan pada mesyuarat perwakilan mereka setakat ini.

“Percayalah, kerajaan sentiasa mendengar setiap pandangan sebelum menentukan setiap keputusan demi kepentingan negara,” katanya.

Menurutnya Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan institusi kehakiman negara seiring dalam memastikan langkah membendung anasir yang menggugat kedaulatan negara. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment