Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 22, 2014

No Comment
SESI dialog Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) projek kontroversi Forest City.
SESI dialog Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) projek kontroversi Forest City di Kampung Pok, Gelang Patah kecoh apabila kira-kira 100 penduduk tempatan berang kerana tidak dibawa berbincang oleh pemaju berkenaan.

Pemaju projek berkenaan, Country Garden Pacific View didakwa gagal berbincang dengan penduduk kampung yang bakal menerima kesan hasil penambakan laut besar-besar projek berkenaan.

Projek Forest City, kerjasama di antara pemaju hartanah Country Garden Co Ltd dengan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) melibatkan penambakan kawasan seluas 1,600 hektar di Selat Johor.

Apa yang membuatkan penduduk berang adalah dakwaan pemaju telah mendapatkan pandangan daripada 10 peratus penduduk kampung yang kebanyakannya nelayan, tetapi ini dinafikan oleh penduduk.



Penduduk kampung mendakwa mereka tidak tahu-menahu tentang projek berbilion ringgit itu.

Nelayan, Hanuar Isa, 46, mendakwa projek Forest City itu tidak membawa sebarang faedah kepada golongan nelayan tempatan.

"Apa akan jadi dengan nasib kami, macam mana kami nak cari makan kalau laut dan dikambus...mana kami nak cari ikan dan hasil laut. Jadi saya nak nak tanya apa bentuk penglibatan yang diberi kepada orang Melayu," kata beliau.
 
Seorang guru, Hanafi Pilus, 47, yang menyatakan bahawa mereka tidak menentang sebarang pembangunan, namun terkilan apabila perkara penting seperti itu tidak dibuat bersama penduduk.

"Justeru, saya cadangkan supaya sesi ini ditangguh dan pemaju mendapatkan pandangan daripada semua pihak terlibat, bermula lah semula dari awal supaya penduduk tidak berasa dipinggirkan dalam sesi perbincangan projek itu," katanya.


Projek Forest City yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM600 bilion melibatkan pembinaan empat buah pulau buatan manusia di dalam tempoh 30 tahun jika keadaan ekonomi negara baik. ─ Malaysia Gazette

0 comments:

Post a Comment