Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 18, 2014

No Comment

Seremban – “Sebelum ini kami ditampar ejen gores dan menang, kali ini diugut pula dengan kayu dan besi sepanjang satu meter,” kata Low Beng Yen selepas dia mencuba nasib kali kedua menuntut supaya wang isterinya dipulangkan dalam kejadian di syarikat gores dan menang di Taman Bukit Kepayang, di sini, semalam.

Low, 54, berkata, dia dan rakannya, Kong Chee Tern, 50, datang ke pejabat syarikat berkenaan jam 11.30 pagi selepas tidak puas hati dengan keengganan ejen gores dan menang memulangkan semula wang RM1,200 walaupun dituntut pada Isnin lalu.

“Malangnya sekumpulan 15 lelaki disyaki ejen gores dan menang menyedari kehadiran kami dan menghalang dengan mengacu paip besi dan kayu,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kumpulan terbabit mahu menghalang dia daripada memasuki pejabat di tingkat satu premis perniagaan itu dan mendakwa akan memukul sekiranya mereka berdegil.

“Bimbang keselamatan kami, saya menghubungi Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Jason Lee Kee Chong meminta bantuan, ” katanya.

Sementara itu, Jason berkata, beliau bimbang keselamatan kedua-dua sahabat itu berikutan tindakan ejen gores dan menang seperti samseng itu.

Menurutnya, selepas dimaklumkan mengenai kejadian, beliau segera menghubungi polis meminta bantuan.

“Saya kesal dengan kejadian itu yang menggambarkan seolah-olah sindiket gores dan menang tidak dapat dibendung lagi,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Jalan Campbell, di sini, selepas membuat laporan polis mewakili mangsa, semalam.

Beliau berharap pihak berkuasa memandang serius perkara itu sebelum kejadian lebih buruk berlaku kerana sindiket terbabit sanggup bertindak membahayakan nyawa orang ramai. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment