Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 13, 2014

No Comment

BALIK PULAU – Dua sahabat didakwa di mahkamah majistret di sini atas pertuduhan melakukan pemerasan dan mendatangkan ketakutan terhadap seorang pengurus kilang bulan lalu.

Muhammad Khairi Ang Abdullah, 55, dan Lee Tak Wei, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.

Kedua-dua mereka didakwa secara sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Yeap Hua Kooi, 53, supaya menyerahkan wang RM3,300 di sebuah kilang di Bayan Lepas kira-kira jam 11.40 malam pada 29 Ogos yang lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Muhammad Khairi yang bekerja sebagai pengumpul besi buruk merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan menghidapi sakit kepala selepas mengalami kemalangan.

Tak Wei yang tidak bekerja dan masih belum berumah tangga juga membuat rayuan sama atas alasan perlu menyara keluarga.

Muhammad Najib membenarkan mereka diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes disebut semula pada 21 Oktober.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment