Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 18, 2014

No Comment


ATLANTA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menggesa masyarakat dunia supaya bertindak memerangi wabak demam Ebola yang melanda Afrika Barat.

Pada masa yang sama, beliau yang berucap di Atlanta, memberi amaran epidemik itu ‘di luar jangkaan’ dan kini ‘merebak di luar kawalan’.

Berucap mengumumkan rancangan AS untuk mengerahkan seramai 3,000 kakitangan tentera ke Afrika Barat bagi memerangi virus maut itu, Obama berkata, wabak Ebola merebak dan meningkat dengan begitu pantas..

“Inilah yang sebenarnya berlaku di Afrika Barat, Ebola menjadi epidemik yang belum pernah kita lihat sebelum ini.

“Hari ini, beribu-ribu orang di Afrika Barat menghidap demam Ebola. Bilangan itu akan meningkat dengan cepat kepada puluhan ribu pesakit.

“Jika wabak ini gagal ditangani segera, kita akan melihat beratus-ratus ribu orang dijangkiti virus Ebola yang boleh mendatangkan impak negatif untuk kita semua dari sudut politik, ekonomi dan keselamatan ,” tambah Obama.

Wabak Ebola telah membunuh lebih 2,400 orang di Guinea, Liberia, Nigeria dan Sierra Leone pada tahun ini.

Virus maut itu boleh menyebabkan kematian dalam tempoh hanya beberapa hari.

Pesakit Ebola akan mengalami demam teruk, sakit otot, lemah, muntah dan cirit-birit diikuti pendarahan organ yang boleh membawa maut.

Setakat ini, masih belum ada rawatan dan vaksin berdaftar yang dapat mengubati Ebola. – AFP / Kosmo

0 comments:

Post a Comment