Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 1, 2014

No Comment

LONDON: Kecemerlangan di pentas Eropah gagal diulangi Arsenal di kempen domestik apabila seri 1-1 menentang pasukan bergelut, Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

   Pada aksi di laman lawan itu, Arsenal lebih dulu di depan menerusi jaringan pemain baru, Alexis Sanchez pada minit ke-20 namun keraian itu tidak lama selepas Leicester pantas meledak gol penyamaan, dua minit kemudian.

   Dan kelekaan jentera pertahanan terus menjadi duri dalam daging buat Arsenal yang menyaksikan Wojciech Szczesny tertewas hasil tandukan Leonardo Ulloa menerusi hantaran Jeffrey Schlupp.

   Malah sekalipun jelas mendominasi perlawanan dengan kelebihan 69 peratus penguasaan bola, setiap cubaan Arsenal gagal menerjah gawang Leicester yang dikawal Kasper Schmeichel.

   Keputusan seri menyaksikan Arsenal berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengutip lima mata daripada tiga perlawanan selepas mencatat satu kemenangan dan dua seri.   

   Awal pagi Khamis lalu, Arsenal mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan kelab Turki, Besiktas 1-0 pada perlawanan timbal balik kedua di Emirates.

   Perlawanan EPL akan berehat selepas ini bagi memberi laluan kepada aksi persahabatan antarabangsa dan kelayakan Euro 2016 yang bermula minggu ini. - AGENSI

0 comments:

Post a Comment