Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 14, 2014

No Comment


LONDON – Jaringan tunggal penyerang Astol Villa, Gabriel Agbonlahor pada minit kesembilan perlawanan sudah cukup untuk menghadiahkan kekalahan kedua buat Liverpool dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas tumbang 1-0 di Anfield, sebentar tadi.

Malah kehadiran penyerang kontroversi Itali, Mario Balotelli yang membuat penampilan pertama bersama Liverpool yang kehilangan peledak England, Daniel Sturridge akibat kecederaan seperti tidak memberi kesan.

Dan keputusan pengurus Liverpool, Brendan Rodgers untuk tidak menurunkan pemain tengah berkualiti, Raheem Sterling dalam kesebelasan utamanya dengan membawa masuk Lazar Markovic dan Philippe Coutinho juga dilihat memakan diri.

Selain tewas kepada Villa, Liverpool yang kehilangan peledak utama, Luis Suarez kepada Barcelona musim ini turut tewas kepada Manchester City, bulan lalu.

Villa yang beraksi tanpa khidmat kapten, Ron Vlaar akibat kecederaan pula mempertaruhkan Nathan Baker bergandingan bersama Phillipe Sanderas dengan pemain gantian Manchester United, Tom Cleverley turut membuat penampilan pertamanya.

Untuk rekod, Villa tidak pernah tewas di Anfield sejak Disember 2010 dan lebih banyak bertahan sepanjang babak kedua bagi memastikan kemenangan mampu diteruskan.

Liverpool akan membuat penampilan kembali ke Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu depan dengan dijadual menentang kelab Switzerland, Ludogorets Razgrad. – AP / BH Online

0 comments:

Post a Comment