Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014

No Comment

OSLO – Itali menewaskan Norway 2-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan H, kelayakan Euro 2016, pagi ini ketika jurulatih baharu, Antonio Conte melebarkan rententan kemenangannya.

Simone Zaza menyumbat gol antarabangsa yang pertama pada minit ke-16 dengan skuad bergelar Azzurri itu nampak seperti mula terasa tanpa kelibat penyerang kontroversi, Mario Balotelli yang digantung perlawanan.

Leonardo Bonucci menggandakan jaringan Itali pada minit ke-60. Zaza juga terlepas peluang selepas rembatannya terkena palang dan satu lagi diselamatkan atas garisan.

Dalam perlawanan lain kumpulan sama, Bulgaria menewaskan Azerbaijan 2-1 manakala Croatia mengalahkan Malta 2-0.

Ini adalah perlawanan kompetitif pertama untuk Conte selepas membimbing pasukan menewaskan Belanda 2-1 dalam satu aksi persahabatan, minggu lalu.

Conte menggantikan Cesare Prandelli yang meletakkan jawatan sejurus selepas Itali tersingkir pada pusingan pertama, Piala Dunia 2014 di Brazail.

Dalam perlawanan lain, satu gol masing-masing pada babak kedua oleh Luka Modric dan Andrej Kramaric membantu Croatia mengatasi Malta 2-0.

Dua pasukan teratas kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir. – AFP

0 comments:

Post a Comment