Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

VALENCIA – Vicente del Bosque beranggapan Sepanyol sudah membuat ‘satu langkah ke hadapan’ selepas membelasah Macedonia 5-1 pada perlawanan pembukaan, saingan kelayakan Euro 2016, hari ini.

“Kami sudah memulakan kejohanan dengan mengutip tiga mata. Ini satu persembahan yang amat bagus,” kata pengurus pasukan skuad La Roja.

“Kami sudah ambil satu langkah ke depan. Kami akan mulakan era baharu dan berharap banyak lagi yang positif dapat disaksikan nanti.”

Satu jaringan oleh Paco Alcacer – yang membuat kemunculan antarabangsa yang pertama – membantu Sepanyol bangkit selepas penyingkiran awal dalam Piala Dunia di Brazil untuk merakamkan kemenangan besar dalam saingan Kumpulan

C. Gol lain pasukan adalah, Sergio Ramos, Sergio Busquets, David Silva dan Pedro.

Walau pun dituntut membuat perubahan radikal pada pasukan selepas aib di Brazil, Jun lalu, Del Bosque menamakan 10 pemain daripada skuad Piala Dunia itu dengan Alcacer, satu-satunya muka baharu.

Namun, keputusannya mengekalkan kapten pasukan, Iker Casillas memberi hasil apabila hanya selepas lima minit permainan, tonggak Real Madrid itu menafikan sepakan percuma yang baik daripada Agim Ibraimi.

Ketangkasannya menyelamatkan pintu gol beberapa kali juga menyemarakkan semula semangat rakan sepasukan untuk menyerang dan merakamkan kemenangan besar. – AFP

0 comments:

Post a Comment