Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 9, 2014

No Comment

BASEL – Danny Welbeck dijulang wira England apabila dua gol sumbangan penyerang baru Arsenal itu membantu pasukan negara menewaskan Switzerland 2-0 dalam saingan Kumpulan E, kelayakan Euro 2016 di sini, awal pagi tadi.

Skuad The Three Lions yang dikritik di atas persembahan hambar ketika menewaskan Norway 1-0 dalam siri persahabatan, minggu lalu memberi aksi lebih berselera kali ini di tempat lawan.

Welbeck hadir menggalas tugasan penyerang utama, Daniel Sturridge yang tercedera dan jelas penyerang baru Arsenal itu menjelmakan karakter terpuji selepas menyambut hantaran silang daripada Raheem Sterling pada minit ke-58 sebelum mengesahkan kemenangan England pada minit ke-90.

“Apa yang kami tunjukkan pada detik awal lagi adalah apa yang kami mahu melakukan di sini dan kami mendapat ganjarannya,” kata pengurus pasukan, Roy Hodgson.

“Kami menekan bola dengan baik tapi anda perlukan gol pertama untuk lawan keluar dan menyerang anda.

“Dari saat itu saya dapat melihat kami lebih berbahaya dari lawan dan kami juga ada beberapa peluang lain sebelum Welbeck menambahkan gol kedua.

Ia adalah kekalahan pertama dalam perlawanan kompetitif untuk Switzerland sejak tewas kepada England 3-1 pada Oktober 2010. – AFP

0 comments:

Post a Comment