Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 1, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji dan menyiasat perlawanan berisiko tinggi sehingga boleh mencetuskan rusuhan.

Ia bertujuan agar kawalan ketat dapat diadakan bagi mengelak berlaku insiden kekecohan seperti dalam perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak, Sabtu lalu.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, FAM dan pihak berkuasa perlu memberi lebih perhatian terhadap kawalan stadium ketika perlawanan antara beberapa pasukan bola sepak berisiko berlangsung.

“Rusuhan di Stadium Negeri, Kuching itu tidak sepatutnya berlaku tetapi dalam keghairahan atau suasana bersemangat di stadium, perkara negatif seperti ini ada kemungkinan berlaku sekiranya kawalan keselamatan tidak ketat.

“Jadi, saya minta polis dan FAM buat siasatan dan pertingkatkan keselamatan. Saya serah kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program senamrobik anjuran radio Era FM di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Khairy turut menasihatkan penyokong bola sepak negara agar sentiasa dapat menjaga tatatertib dan kesopanan ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

Insiden rusuhan di Stadium Negeri Kuching, itu berpunca daripada rasa tidak puas hati penyokong Sarawak terhadap keputusan penolong pengadil memberi sepakan percuma kepada pasukan Perak yang akhirnya menyaksikan kesudahan terikat 1-1 antara pasukan pasukan Ngap Sayot dan Perak.

Keputusan itu seterusnya menyebabkan pasukan Sarawak tersingkir daripada saingan Piala Malaysia selepas menghuni tempat tercorot dalam Kumpulan B.

Berikutan penyingkiran Sarawak itu, satu kekecohan tercetus antara penyokong kedua-dua pasukan apabila ada dalam kalangan penyokong bertindak melempar suar dan mercun ke dalam padang serta membakar sebuah kereta peronda polis di luar stadium.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata program FitMalaysia yang akan dilancarkan di Dataran Merdeka, Ahad ini antara lain bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment