Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

BESUT – Sebanyak 100 surat amaran dikeluarkan kepada pengeksport, pengimport, pemborong serta peruncit sayuran dan buah-buahan yang gagal mematuhi Peraturan Gred, Pembungkusan dan Label (GPL) sejak ia dikuatkuasakan pada 1 Julai tahun lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mohd Nawawi Harun berkata kesemua yang terbabit diberikan amaran keras supaya tidak membawa masuk sayuran dan buah-buahan yang tidak berkualiti termasuk mengandungi sisa racun yang boleh membahayakan kesihatan kepada pengguna.

Katanya lagi mereka yang melanggar peraturan tersebut telah disekat daripada terus membawa masuk produk ke negara ini dan kebanyakannya diarahkan membawa balik hasil pertanian tersebut ke negara asal.

“Tindakan penguatkuasaan yang terbaharu dilakukan FAMA ialah apabila berjaya menyekat kemasukan sayuran dan buah-buahan daripada sebuah negara jiran kerana tidak mematuhi Peraturan GPL di mana mereka telah diusir balik dan dilarang memasarkan bahan eksport mereka di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan peringkat negeri Terengganu yang diadakan di tapak Pasar Tani Bandar Jerteh di sini hari ini.

Menurut Mohd Nawawi sebelum itu pihaknya juga telah melakukan rampasan terhadap hasil sayuran dan buah-buahan dari Cameron Highland yang tidak mematuhi Peraturan GPL.

Katanya, FAMA serius melaksanakan Peraturan GPL itu kerana ia bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemasaran keluaran pertanian supaya terus berdaya saing berbanding dengan negara maju.

Pihaknya akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dengan memberi tumpuan kepada lokasi pasar raya dan pasar borong tidak lama lagi termasuk pemantauan di kesemua 500 buah Pasar Tani yang terdapat di seluruh negara, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment