Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memohon kerajaan negeri menyediakan tapak kepada Fama untuk mewujudkan lebih banyak pasar tani di seluruh negara.

Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata sasaran Fama untuk mewujudkan 1,000 pasar tani di seluruh negara menjelang 2020 boleh tercapai jika kerajaan negeri memberikan tapak kepada Fama.

“Sambutan orang ramai sangat mengalakkan lebih-lebih lagi pasar tani menawarkan harga yang sangat berpatutan dan jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

“Niat kami baik kerana kami hendak bantu rakyat, kita jangan bandingkan nilai tanah itu dengan pasar tani kerana pasar tani memberi khidmat kepada rakyat dan mewujudkan lebih banyak lagi usahawan tempatan,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas, di sini, hari ini.

Sehingga kini terdapat 548 pasar tani di seluruh negara.

Berkenaan program Pasar Tani Khas itu, beliau berkata semua peniaga pasar tani diminta mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-57 dan berharap program itu mampu menyemarakkan semangat patriotik orang ramai. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment