Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014



Tiga lelaki termasuk dua anggota sebuah pertubuhan tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di George Town hari ini atas pertuduhan bergaduh di tempat awam bulan lepas.
   
Aktivis sosial, Ong Eu Soon, 51, dan dua anggota PPS Lee Chan Kwong, 36, serta Lee Yew Kuen, 66, didakwa bertumbuk antara satu sama lain di hadapan Pasar Farlim Bandar Baru, Air Itam pada pukul 10.45 pagi, 17 Ogos lepas.
   
Mereka dituduh mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
   
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani menawarkan jaminan RM2,500 terhadap setiap tertuduh atas alasan kesalahan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh orang dewasa dalam apa jua masalah.
   
Peguam RSN Rayer yang mewakili Chan Kwong dan Yew Kuen kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM1,000 seorang atas alasan kedua-dua tertuduh tidak mempunyai kerja tetap.
   
Majistret L Umma Devi membenarkan jaminan RM1,200 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 31 Oktober untuk sebutan semula kes.
   
Ong tidak diwakili peguam. -Bernama

0 comments:

Post a Comment