Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 5, 2014


Bagi rakyat Kelantan, melihat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V bersama-sama rakyat adalah perkara biasa. Baginda terkenal dengan penampilannya yang sederhana dan merendah diri.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Walaupun berketurunan Raja dan berpendidikan tinggi, Baginda merupakan seorang Raja yang merendah diri. Terbaru, gambar Baginda bersama rakyat dengan hanya memakai singlet putih dan kain sarung tersebar di internet.


Gambar ini sudah tentu akan menambahkan lagi kekaguman rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan terhadap Sultan mereka ini. Malah Baginda dilihat tidak kekok mengambil gambar dengan rakyat biasa.

Gambar Sultan Kelantan hanya memakai selipar 'crocodile'

Selain dari itu, Sultan Muhammad Ke-V adalah Sultan yang pertama yang mengarahkan perkataan "Daulat Tuanku" ditukar kepada "Allahuakbar" supaya setiap kali disebut, semua yang menyebut akan mendapat pahala.  - SiakapKeli.com


2 comments:

  1. Bumi islam serambi mekah memang patutla Sultannya begitu. Susah nak mencari Sultan yang merendah diri macam ni. Sedar di hadapan Allah beliau hanyalah hamba walaupun dimata rakyat Kelantan beliau seorang sultan atau raja bagi rakyat Kelantan. Tapi sayang jugak ada segelintir rakyat Kelantan yang mencemarkan nama baik Kelantan sendiri sebagai negeri islam contoh dan dengan ini diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk menuduh negeri islam yang tidak berjaya dan hanya indah khabar sahaja.

    ReplyDelete
  2. Rahmat Tuhan ke atas Raja dan raayat Kelantan .selamanya
    Kelantan bumi bertuah
    Kelantan bumi berdaulat

    ReplyDelete