Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 2, 2014

No Comment

IPOH – Polis menahan empat mat rempit dipercayai terbabit dalam kejadian menyerang kereta peronda polis dengan batu dalam satu operasi khas mengesan kumpulan terbabit di sini, semalam.

Mereka yang ditangkap adalah sebahagian kecil daripada ratusan mat rempit yang ditahan dalam serbuan polis di beberapa lokasi sekitar Ipoh.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Anuar Othman berkata, seorang yang ditahan merupakan pemilik motosikal yang terlibat dalam kemalangan merempuh kereta peronda polis berkenaan.

Menurutnya, pemilik motosikal terbabit ditahan selepas dia membuat laporan polis yang mendakwa motosikalnya dicuri sebelum terlibat dalam kemalangan itu.

“Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan penglibatan dalam kejadian itu selepas motosikalnya rosak teruk akibat rempuhan kuat ketika bertembung dengan kereta peronda polis.

“Bagaimanapun, kita juga akan turut menyiasat laporannya yang mendakwa motosikalnya hilang di hadapan Balai Polis Menglembu kira-kira jam 1.30 pagi sebelum terbabit dalam kemalangan dan seterusnya terjadi provokasi itu,” katanya.

Operasi khas itu disertai 71 anggota polis dan pegawai serta Rela melakukan sekatan jalan raya serta rondaan bagi mengesan kumpulan terbabit.

Anuar berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebahagian mat rempit yang terlibat dalam kejadian itu dan gerakan mengesan mereka terus dipergiatkan.

“Hasil siasatan mendapati keempat-empat mereka yang berusia awal 20-an itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

“Kesemua yang ditahan akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh, Seksyen 506 iaitu melakukan ugutan jenayah serta Seksyen 425 iaitu melakukan khianat,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan kejadian serangan ratusan mat rempit yang bertindak membaling batu ke arah kereta polis setelah salah seorang rakan mereka melanggar bahagian hadapan kereta terbabit di Jalan Kledang Utara di sini.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, penunggang motosikal terbabit gagal dikesan apabila dia meninggalkan motosikalnya di tempat kejadian manakala, ratusan mat rempit telah merosakkan kereta peronda polis sehingga menyebabkan bahagian cermin dan lampu kereta pecah. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment