Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 22, 2014

No Comment

KABUL: Bekas Menteri Kewangan Ashraf Ghani diisytiharkan sebagai Presiden Afghanistan baharu semalam, beberapa jam selepas beliau menandatangani perjanjian perkongsian kuasa dengan pencabarnya Abdullah Abdullah yang menamatkan pertikaian berhubung keputusan pilihan raya.

Menerusi persetujuan yang dicapai di antara kedua belah pihak, Abdullah akan memegang jawatan ketua pegawai eksekutif Afghanistan selaku Perdana Menteri.

Penubuhan kerajaan perpaduan itu dilihat oleh Amerika Syarikat sebagai perkembangan yang akan merintis jalan ke arah pemeteraian Perjanjian Keselamatan Dua Hala (BSA) bagi membolehkan tenteranya terus berada di Afghanistan dalam jumlah lebih kecil selepas 2014. Dakwaan mengenai penipuan besar-besaran pada pilihan raya presiden 14 Jun lalu mencetuskan krisis politik apabila kedua-dua calon mendakwa menang.

Berikutan persetujuan kedua-dua pihak untuk menubuhkan 'kerajaan perpaduan', Ghani memeluk Abdullah seketika pada majlis yang berlangsung di Istana Presiden di sini.

Kedua-dua presiden dan perdana menteri itu bagaimanapun tidak berucap pada majlis yang berlangsung di Istana Presiden semalam.

"Suruhanjaya Pilihanraya bebas mengisytiharkan Dr Ashraf Ghani sebagai Presiden, sekali gus menandakan berakhirnya proses pilihan raya," kata ketuanya Ahmad Yousaf Nuristani. - AFP

0 comments:

Post a Comment