Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 8, 2014

No Comment


SUNGAI PETANI – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) perlu memperkasa peranan mereka dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya pendidikan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Beliau berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti GPMS boleh turut memainkan peranan dalam perkara ini daripada bergantung kepada guru dan Jabatan Pendidikan semata-mata.

“Kita mahu melihat wujudnya satu gelombang kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan.

“Justeru, dalam usaha menggerakkan kesedaran ini, Jabatan Pendidikan dan guru tidak boleh bersendirian, sebab itu saya merasakan bahawa GPMS perlu
diperkasa malah perlu diberi mandat yang lebih berat untuk menjadi pendukung kepada gerakan kesedaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Perdana GPMS Kedah 2014 (Pecutan Akhir SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, di sini semalam.

Tajul Urus berkata sebagai NGO, GPMS akan turut mendapat bantuan dan sokongan daripada anak-anak syarikat kerajaan serta syarikat swasta di negeri
ini.

Presiden GPMS Kedah Shamsul Bahar Abdul Rani berkata GPMS bersedia memainkan peranan itu demi kepentingan pendidikan untuk masyarakat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment