Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 16, 2014



Menurut laman web allsingaporestuff.com, penulisnya telah mendapat emaill daripada hacker yang menggelar dirinya sebagai 'The Knowns'.

Kandungan emel tersebut mengatakan bahawa dia telah menggodam beberapa akaun dari laman web Singapura dan kini 300,000 data penting pengguna dalam laman web yang telah digodam dalam pegangannya. 'The Knowns' mengatakan dia itu kerana marah dengan tindakan kerajaan Singapura menaikkan tol baru-baru ini.



Menurut penulis tersebut, data yang telah diambil oleh hacker tersebut adalah nombor IC, nombor telefon, email dan juga pekerjaan. Sebahagian besar data ini adalah dari laman web KBOX di Singapura.

Penulis tersebut juga memberitahu, beberapa maklumat artis tempatan singapura juga telah disebarkan seperti Fiona, Felicia, Rui En, Joanne Peh, Michelle Chong, Gurmit Singh, Wong Li Lin dan Cynthia Koh.

Hacker berkenaan juga mengatakan akan terus menggodam selagi kerajaan singapura tidak menarik balik keputusan menaikkan tol di Woodlands. - SiakapKeli.com


0 comments:

Post a Comment