Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 1, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah menampilkan aksi cemerlang apabila menduduki tempat kelapan pada perlumbaan Moto2 di MotoGP Grand Prix Britain di Litar Silverstone.

Berlumba dengan penuh yakin, penunggang pasukan Petronas Raceline Malaysia memintas beberapa pelumba berpengalaman untuk mengumpul lapan mata berharga, sekali gus menduduki tangga ke-19 keseluruhan dalam kedudukan kejuaraan musim ini.

Memulakan saingan di petak ke-21, Hafizh memperagakan kemahiran tunggangan yang begitu baik sekali sebelum sampai ke garisan penamat di tempat kelapan dengan catatan masa 38 minit 47.500 saat.

Pelumba pasukan Marc VDS Racing Team, Esteve Rabat muncul juara dengan masa 38:29.795s diikuti rakan sepasukan Mika Kallio (38:29.858s) dan tempat ketiga menjadi milik Maverick Vinales (Paginas Amarillas HP 40) dengan masa 38:29.998s.

"Saya amat gembira dan tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya. Ia adalah perlumbaan yang sukar dan berkatih dengan gigih bagi memastikan tahap kecergasaan yang tinggi untuk mencabar pelumba-pelumba ternama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"Sekarang saya dah tahu rahsia...saya akan bekerja lebih keras untuk merapatkan jurang dengan pelumba kelompok atas. Terima kasih kepada pasukan kerana melakukan kerja yang hebat untuk menyediakan kenderaan yang sempurna.

"Tidak lupa juga penaja saya serta peminat di tanah air...Selamat Hari Merdeka!. Jumpa lagi di perlumbaan akan datang di Misano, Itali," kata pelumba muda berusia 20 tahun itu. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment