Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Keputusan Singapura mengenakan kadar tol baharu kepada kenderaan asing yang memasuki republik itu selain menambah kadar tol sedia ada kepada kenderaan yang meninggalkannya merupakan hak kerajaan negara tersebut.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata Singapura berhak menentukan polisinya sendiri.

Pada masa yang sama, beliau berkata kadar tol di Tambak Johor kekal RM2.90.

Singapura mengumumkan kadar tol mulai 1 Okt bagi semua kenderaan (kecuali motosikal) yang meninggalkan menerusi tambak akan dinaikkan bagi menyamai tol baharu Malaysia.

Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, negara itu mempunyai polisi yang lama tertangguh untuk menyamai caj tol di tambak dan Link Kedua yang dikenakan Malaysia.

LTA berkata kadar tol baharu di tambak akan turut dikenakan pada semua kenderaan (kecuali motosikal) memasuki Singapura dan tiada perubahan kepada kadar tol di Link Kedua.

Fadillah berkata kol yang dikenakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) adalah bagi infrastrukur dan kemudahan yang disedia dan diselenggara pemiliknya, untuk kegunaan orang ramai.

“Namun tiada caj yang dikenakan kepada penunggang motosikal,” tambahnya.

Beliau berkata CIQ di BSI berfunsgi sebagai satu pusat sehenti dan kesemua operasi dilakukan di satu tempat bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Lebuhraya Penyuraian Timur yang menghubungkan Persimpangan Pandan ke CIQ BSI dibina untuk menyurai lalu lintas di Johor Baharu dan memberi laluan terus dari Lebuhraya Plus ke CIQ BSI, katanya.

Namun Fadillah berkata Malaysia akan terus menggalakkan pengguna yang berulang-alik setiap hari dari Singapura menggunakan pengangkutan awam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment