Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 15, 2014

No Comment
Rumah mudah alih disediakan di kawasan kejiranan di selatan Gaza untuk memberi perlindungan kepada penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal. Gambar kecil: Haniyeh
GENTING GAZA - Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, kelmarin menegaskan gerakan itu tidak akan menyertai sebarang rundingan langsung dengan Israel.

Menurut Haniyeh, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas perlu memainkan peranan utama dan memasang strategi untuk berunding dengan Tel Aviv yang selama ini sering berdolak-dalik dengan tuntutan Hamas.

"Walaupun kami menolak rundingan dengan Israel, ia tidak bermakna Hamas menentang mana-mana langkah politik yang telah ditandatangani bersama Fatah," katanya lagi.

Beliau turut menggesa kerajaan Mesir supaya memberi tekanan kepada rejim Zionis bagi memastikan mereka mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui pada 26 Ogos lalu.

Sementara itu, Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal  memaklumkan rundingan secara langsung dengan Israel tidak termasuk dalam agenda utama gerakan itu.
"Kami hanya bersetuju untuk menyertai rundingan secara tidak langsung bersama mereka," jelasnya menurut laporan MEM.

Selain itu, Meshaal turut menolak gesaan Tel Aviv  yang menuntut mereka melaksanakan pelucutan senjata bagi memulakan projek pembinaan semula di Genting Gaza. 

0 comments:

Post a Comment