Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 21, 2014

No Comment


SINGAPURA: Lewis Hamilton menewaskan rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg untuk memenangi kedudukan petak pendahulu buat kali keenam, musim ini apabila merakamkan masa terpantas dalam kelayakan Grand Prix Singapura, malam ini (Sabtu).

Hamilton mencatat satu minit 45.681 saat dalam sesi kelayakan di Litar Jalanan Marina Bay dan ia mungkin memberi kelebihan kepada pemandu dari Britain itu untuk cabaran getir, malam esok.

Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo yang menjadi ancaman terbesar kepada pasangan Mercedes itu untuk kejuaraan Formula Satu (F1), musim ini layak selaku pemandu ketiga terpantas.

Ricciardo mendahului rakan sepasukan dan juara bertahan tiga kali di Singapura, Sebastian Vettel.

Pemandu Ferrari, Fernando Alonso akan bermula dari petak kelima. Dia berkata dia gembira atas pencapaian itu manakala pemandu Williams, Felipe Massa tempat keenam. - Agensi / BH Online

0 comments:

Post a Comment