Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 21, 2014

No Comment


MADRID – Christiano Ronaldo merakamkan jaringan hatrik ketika Real Madrid menyamakan rekod kemenangan terbesar di gelanggang lawan dalam La Liga selepas membelasah Deportivo la Coruna 8-2, awal pagi tadi.

Real kini ketinggalan dua mata di belakang pasukan tempat kedua, Atletico Madrid selepas juara bertahan itu terlepas peluang ke kedudukan teratas apabila hanya mampu seri 2-2 ketika menentang Celta Vigo di laman sendiri.

“Perlawanan ini menjurus kepada aspek kemahiran dan kualiti yang kami miliki di bahagian hadapan. Ia juga bagaimana kami menyempurnakan dengan baik setiap peluang diterima , kata pengurus pasukan, Carlo Ancelotti.

“Kami menunjukkan kualiti kami. Kami memiliki Ronaldo yang cukup hebat dan pemain lain yang ada kualiti hebat. Mereka bergabung baik dan inilah keputusannya hari ini.”

Ronaldo merakamkan hatrik dengan gol pada minit ke-28,41 dan 78 manakala gol pasukan lain adalah sumbangan James Rodrigues (m36), Gareth Bale (m66,74) dan Hernandez (m88,90). Dua gol Deportivo La Coruna menyusul daripada Medunjanin minit ke-51 (penalti) dan Toche (m84). – AFP

0 comments:

Post a Comment