Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment


PUTRAJAYA – Hutan tropika negara masih banyak lagi yang boleh diterokai bagi menambah pendapatan negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata perhutanan pada masa kini bukan lagi berasaskan pengeluaran kayu-kayan semata-mata, tetapi turut merangkumi segala aspek barangan atau perkhidmatan hutan.

“Tanggapan sesetengah pihak sebelum ini bahawa perhutanan adalah berkaitan dengan pengusahasilan kayu-kayan semata-mata adalah tidak tepat kerana manfaat daripada hutan menjangkaui lebih daripada itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan 2014 di sini hari ini.

“Cabaran kita pada masa kini adalah untuk mengoptimumkan nilai tambah hutan daripada pengeluaran hasil secara produk tunggal dikembangkan kepada pengeluaran hasil hutan secara pelbagai produk,” katanya.

Palanivel berkata pada tahun lepas, sektor perhutanan menyumbang sebanyak RM8.5 bilion atau 0.9 peratus daripada jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) selain menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 300,000 orang.

Oleh itu, katanya, hutan-hutan di negara ini perlu diurus secara mapan bagi memastikan kawasan hutan dapat terus dikekalkan dan diwarisi untuk generasi akan datang.

Persidangan empat hari itu bermula 2 Sept bertemakan ‘Penjanaan Kekayaan Baharu Barangan dan Perkhidmatan Hutan: ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi’, dianjurkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Palanivel turut memaklumkan bahawa jabatan itu sedang mengkaji cadangan penubuhan Pusat Penilaian dan Perakaunan Sumber Hutan.

Pusat ini akan ditubuhkan bertujuan untuk memberi khidmat nasihat, latihan perkhidmatan yang terunggul dalam bidang penilaian dan perakaunan sumber hutan tropika. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment